PENDIDIKAN MORAL

Video P&P
HSP Moral
RPH Moral
Jadual Waktu Moral

Monday 29 October 2012

Kerja Akhir Tahun

Sesi persekolahan 2012 hampir melabuhkan tirainya. 11 hari sahaja lagi segala urusan perlu diselasaikan oleh semua guru. Dalam sebelas hari itu, P & P hampir dilupakan kerana guru-guru terlibat dengan hal-hal perkeranian. Inilah isu yang ingin di bawa. Pengisian markah dalam kad kemajuan, pengisian buku adap, pengisian data dalam sistem. Inilah yang berlaku di semua sekolah. Walaupun sudah rutin tetapi situasi ini amat menyesakkan nafas guru-guru. Jika tidak dirancang, disusun pastinya akan ada yang tertinggal. Apakah jalan penyelesaian terhadap perkara ini?

Thursday 13 September 2012

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPSK)

Sistem pengurusan kualiti (SPSK) di peringkat sekolah adalah satu langkah yang amat baik untuk mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf pengetua serta guru besar yang cemerlang.

Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran, Jika segala prosedur dan langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan telah dilakukan dengan mengikuti segala prosedur kualiti, maka pengurusan sekolah akan menerima impak dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah memulakan dan mengguna pakai segala prosedur akan menjadi lebih mudah serta memenuhi kehendak akan  dapat membantu sekolah meningkatkan prestasi kearah sekolah berprestasi tinggi.

Peranan pengerusi wakil pengurusan, timbalan wakil pengurusan serta pengurus kualiti perlu memainkan peranan yang maksima untuk menzahirkan sebuah organisasi yang berkualiti.

Saturday 4 August 2012

Dasar Kurikulum Sk Desa Amanpuri 2012

 
 

Thursday 19 July 2012

SPI PBS







Saturday 23 June 2012

Kajian Tindakan Sem II

Nak muat turun? Boleh aje. Kalau x keberatan silalah letakkan kredit ntuk saya. Tk :)
Berikut adalah merupakan tugasan kajian tindakan bagi semester sesi 2010 / 2012. Kajian tindakan dijalankan menjurus kepada permasalahan yang sering berlaku semasa proses pengajaran & pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tuesday 12 June 2012

PERTANDINGAN MEMANCING PRODUA




Tuesday 1 May 2012

Isu dan Cabaran Dalam Amalan Etika Profesional Ke Arah Menjulang Martabat Profesion Perguruan

Saturday 7 April 2012

Jadual SSM DG32 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera............

Kali ini paparan menyentuh tentang isu gaji...sebenarnya bukanlah gaji menjadi isu semata-mata, cumanya persoalan yang bermain di kalangan penjawat awam. "Berapa yang aku dapat?""Tak sabarlah nak tunggu gaji nih", dan macam-macam lagilah persoalan yang bermain di benak fikiran penjawat awam. Kalau rezeki janganlah ditolak..ambik aje..hehe..Bak kata kata pepatah, "Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak". Preview Skim gaji ini sebenarnya hanyalah anggaran kiraan sahaja. Betul atau tidak itu cerita lain. Ianya dibuat oleh seorang sahabat saya yang 'rajin' bagi memberi serba serba sedikit gambaran gaji yang bakal diterima. Hehe.

Bagi sahabat yang hendakkan skim gaji gred lain ada dan boleh request pada saya. Oklah renung-renungkan dan selamat bergumbira..heheh..

Penataran Instrumen PPDa

Klik gambar untuk muat turun

Artikel Ilmiah Falsafah

 
Muat turun pada gambar di atas..

Tuesday 13 March 2012

Program Guru Penyayang di Sekolah

Pelaksanaan Guru Penyayang
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.  

Konsep
1.Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasishi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap ,mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar. 2.Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. 3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat. 

 Objektif
1.Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 2.Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 3.Menyedari bahawa setiap ,murid adalah aset kepada sekolah. 4.Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.  

Aktiviti
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pel;an jangka pendek dan jangka panjang secara berrasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:- 1.Mengalu-alukan kehadiran murid. 2.Pelaksanaan Program Mentor Mentee. 3.Memberi penghargaan kepada murid. Contoh dan kaedah pelaksanaan. (DILAMPIRAN)

Tuesday 6 March 2012

Isu semasa dalam sistem pendidikan

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
  • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
  • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
  • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
  • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
  • Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
  • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
  • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
  • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Program PPSMI

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Ekuiti Pendidikan


*Sambungan Isu-isu di Malaysia*

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Akses Pendidikan

*Sambungan artikel isu-isu di malaysia*

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
  • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
  • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
  • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
  • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
  • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
  • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
  • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
  • Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akan disambung pada artikel akan datang :::

Recent Comment







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Baiworld Themes | Bloggerized by Baiworld - Premium Blogger Themes | Online Project Baiworld