Isu-isu Pendidikan di Malaysia
isu-isu pendidikan di Malaysia menyentuh tentang aspek kebimbangan pihak kerajaan terhadap kualiti pendidikan di sekolah-sekolah.. .
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT...
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program...
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains..
Isu-isu semasa dalam sistem pendidikan
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan
Insiden kes buli pelajar semakin membimbangkan
Apalah nak jadi sekarang ini dengan pelajar pada masa kini? Salah ibubapakah??Guru-gurukah??Masyarakatkah??ataupun sistem pendidikan kita yang masih rapuh??Siapa nak jawab benda-benda yang macam ni?Siapa pula yang harus dipersalahkan??Pendek kata pendidikan semuanya bermula daripada rumah. Ibubapalah yang mencorakkan anak-anak seperti kain putih. Buat ibubapa di luar sana, tepuk dada tanyalah diri kita sendiri..Sudah lengkapkah tanggungjawab kita terhadap diri dan keluarga?
Buli apa pula nih???macam-macam jenis buli ada ...
Buli yang ini pula, buli songsang oarng panggil. Mana tidaknyanya, selalunya pelajar lelaki yang membuli pelajar lelaki atau perempuan. Ini terbalik sebaliknya dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan. teyapi ini rasanya taklah berlaku di negara kita Malaysia. Sekadar renungan buat kita semua. Prof Ezy Hj Ali ada mengatakan "renung-renungkan dan selamat beramal"