PENDIDIKAN MORAL

Video P&P
HSP Moral
RPH Moral
Jadual Waktu Moral

Tuesday, 13 March 2012

Program Guru Penyayang di Sekolah

Pelaksanaan Guru Penyayang
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.  

Konsep
1.Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasishi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap ,mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar. 2.Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. 3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat. 

 Objektif
1.Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 2.Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 3.Menyedari bahawa setiap ,murid adalah aset kepada sekolah. 4.Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.  

Aktiviti
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pel;an jangka pendek dan jangka panjang secara berrasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:- 1.Mengalu-alukan kehadiran murid. 2.Pelaksanaan Program Mentor Mentee. 3.Memberi penghargaan kepada murid. Contoh dan kaedah pelaksanaan. (DILAMPIRAN)

Tuesday, 6 March 2012

Isu semasa dalam sistem pendidikan

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
  • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
  • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
  • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
  • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
  • Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
  • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
  • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
  • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Program PPSMI

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Recent Comment







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Baiworld Themes | Bloggerized by Baiworld - Premium Blogger Themes | Online Project Baiworld