Submit Your Email

PENDIDIKAN MORAL

Video P&P
HSP Moral
RPH Moral
Jadual Waktu Moral

Monday, 28 January 2013

Pendidikan Pencegahan Dadah



Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk mendedahkan bahaya dadah kepada murid bermula di peringkat sekolah rendah lagi.Program Sifar Dadah Sekolah Rendah  dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan , kurikulum , kokurikulum dan pembentukan sahsiah .

Program ini nampak kecil tetapi impaknya amat berkesan jika dilaksanakan secara terancang dan berkesan.

Sk Desa Amanpuri yang menubuhkan Bilik Sumber PPDa tekah berjaya menjadi johan peringkat Negeri Selangor tahun 2012 bakal menggalas cabaran ke peringkat Kebangsaan 2013. Kesinambungan pengajaran dan kepelbagaian aktiviti terancang bakal menjadi satu momentum ke arah merialisasikan sekolah bebas dadah. Bermula daripada program PROSIDAR inilah, jalinan antara murid dengan guru yang menghasilkan sebuah bilik sumber yang kondusif dan berinformasi. Dengan kekuatan 33 tenaga pengajar pastinya , Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri bakal menempa namanya dalam menghasilkan sebuah tempat rujukan dari pelbagai pelusuk dengan terbinanya Bilik Sumber PPDa, Bilik Kesan Dadah Dalam Kehidupan, Bilik Rawatan Antenatif dan Bilik Inovasi PPDa bersama J-Qaf.

0 comments:

Post a Comment

Recent Comment







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Baiworld Themes | Bloggerized by Baiworld - Premium Blogger Themes | Online Project Baiworld